Monday, November 10, 2014

Aku dan Char Kue Teow...

Gambar ehsan Zan Burger
Gambar throwback ni dirakam oleh isteri aku. Lokasi Nusari Bayu 2 Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan. Masa tu aku kira dah tahap paling seronok buat api...nak tinggi lagi pun boleh tapi risau rumah sewa ni terbakar pulak nanti. Tentang rasa dan kemewahan...ini adalah Char Kue Teow lebih sedap dari yang paling sedap aku makan kat Pandamaran Klang belakang petronas. Apa !!! Aku memang suka angkat bakul sendiri...

Roti Canai dan Roti Banjir....

Gambar ehsan google
Sarapan murah, panas dan pantas di gerai makan adalah Roti Canai. Satu juadah kegemaran aku bila bersarapan dengan keluarga. Ada beza tebaran mamak dan melayu. Kalau peniaganya pandai membuat doh maka lembutlah rotinya...kari kambing jugak bukan semua kedai pandai buat. Ada yang pekat dan ada yang cair. Kalau aku memang suka roti yang lembut panas + kuah kari ayam + kuah kari kambing+sedikit dhal+sedikit sambal. Confirm akan kekenyangan sehingga jam 2 petang....

Projek GBO kepada Streetcub...


Gambar ehsan google
GBO J C70 CDI adalah motor paling popular era 1993. Aku berkesempatan membeli dari seorang taukeh kedai cermin mata di Damansara Jaya dengan harga RM900. Dengan sedikit kos baikpulih aku dapat menggunakannya untuk ke kedai dan pasaraya berhampiran. Kini aku telah bosan menunggangnya kerana aura standardnya begitu membosankan...kini masa untuk berubah... 

Gambar ehsan google
Streetcub dah sinonim dengan C70, C50, C65, C90 dan EX5. Mula dipopularkan pada penghujung 2012 - 2014. Aku mula berangan untuk buat satu sebagai koleksi. Engineer kg pun aku dah ada. Cuma tinggal untuk mulakan projek tersebut seawal Disember 2014....


Pindah rumah sekali lagi...

Gambar ehsan google
Aku masih ingat kali pertama menjejakkan kaki di KL ni adalah rumah di Taman Dato Harun Jln Klang lama. Bukan rumahpun boleh kata rumah setingkat buat bilik kat atas yang ada 2 bilik kecil + 1 tandas. Oleh kerana aku nie orang kampung kami memang kena cukup-cukup dengan tuan rumah. Waktu tu tahun 1998 sewa RM500 mengarut..tetap bayar duduk 4 orang. Tak puas hati aku mula berpindah ke Puchong 2 x, Damansara Damai, Klang 3 x, Setia Alam dan untuk kali terakhir in Shaa Allah Chenderong Balai. Pun begitu...menumpang rumah Bapak dan Ibu Mertua on dan off...bagusnya kalau rumah yang aku siap bina boleh dibawa ke sana dan sini...macam dalam gambar atas ni.