Wednesday, November 19, 2014

Farewell... wajarkah ?

gambar ehsan google
Aku ada pendirian... dan ini pendirian aku. Mungkin agak emo atau mungkin agak kurang puas hati. Hormati pendirian aku. Sepanjang 10 tahun bekerja di sini, aku telah belajar selok belok pekerjaan. Senang, susah, rumit, kautim, sabar dan sebagainya telahpun dilalui. Satu kesimpulan yang dapat aku ceritakan di sini adalah Kerjasama dan Politik Pejabat. 2 perkara ini sekiranya pihak pengurusan tidak ambil peduli maka berantakanlah semua organisasi. Pendek cerita...untuk farewell di syarikat ini aku terpaksa tolak why ? Kerana kurang Kerjasama dan Politik Pejabat yang terlalu angkuh berlaku di sini. Biarkan aku berlalu pergi begitu sahaja akan lebih memberi aku kedamaian dan ketenangan yang aku cari selama ini...rakan kerja...hmmm...jutaan terima kasih sahaja yang dapat aku ucapkan. Appreciation ?...bukan tak perlu, cuma mungkin aku kurang berkelayakan....

Jobs Handover...

Gambar ehsan google
Walaupun 10 tahun telah berlalu, tak bermaksud nak handover 10 tahun punya job. Aku buat kesimpulan job yang benar-benar aku handover cuma 3 tahun. Aku sangat memilih pelanggan satu ketika dulu, bukan apa, boss aku pesan...1st good paymaster, 2nd regular purchase from us, 3rd loyalty. Pelanggan seperti Sp Setia Berhad adalah contoh terbaik. Sales yang baik bukanlah kerana Purchase Ordernya, tetapi kerana Khidmat Pelanggan.
Hari ini 20 syarikat di bawah jagaan aku telahpun di handover kepada yang berkenaan...lega rasanya. Korang mesti pernah handover kerja....kalau takde maksudnya korang mungkin ca alif but...Cabut !!!