Usia padi 100 hari. |
100 hari telahpun berlalu, kini cuma perlu menunggu masa untuk menuai pada umur cukup 105 hari. Musim kali ini sedikit terjejas kerana jatuh pada musim tengkujuh. Benih padi 263 kali ini kelihatan agak baik, cuma rumput sambau seperti tidak dapat dikawal.
Selain menanti kedap padi kering sekurangnya 3 hari berterusan, kerja lain yang boleh dilakukan adalah meracun batas. Campuran 2 penutup penuh untuk Racun Hijau (xxxxx) dan 1 penutup Racun Putih (xxxxx) untuk setiap 15 liter air. Semburan mengikut ketebalan rumput di atas batas.
No comments:
Post a Comment