Saturday, December 13, 2014

Roti Sarang Lebah aka Bee Hives Bun versi Manjalara Foods.

Roti Sarang Lebah RM 5.00
Sejak hampir sebulan berada di kampung, jadual wife aku semakin padat dengan tempahan roti dan kuih muih. Terbaru Roti Sarang Lebah menjadi begitu popular dikalangan sedara-mara dan jiran taulan. Promosi taklah grand sangat, hanya melalui Facebook sahaja. Malam tadi, aku terpaksa turun padang untuk membantu menyiapkan urgent order dari sahabat yang akan berangkat pulang KL.

Doh roti 20 gram yang telah diuli disusun rapi
Menguli bukan isu besar, sebab tepung diuli dgn menggunakan Breadmaker. Tekan button start dan ia akan menguli selama 15 minit. Yang agak meletihkan adalah proses membulatkan doh. Korang yang pernah buat roti akan faham, yang tak tahu lagi tu google atau cari dalam youtube. Aku kene tegur dengan CEO sebab doh tak cukup bulat...akhirnya dengan cubaan beberapa doh aku telah menguasai tekniknya....

Breadmaker jenama Empress
Breadmaker ni berusia 3 tahun. Paling banyak jasa ketika kami berada di Seremban. Berpuluh Kilo tepung telah diuli untuk membuat karipap. Alhamdulillah masih sihat breadmaker. Doa kami agar Breadmaker ini tidak buat hal sekurangnya 2 tahun lagi.

Mini Pizza
Selain roti, Manjalara Foods juga boleh menyediakan pizza mini, roti canai, pau, dan sebagainya... Korang minat roti yang mana ?