Projek Streetcub Disember 2014.

Gambar ehsan google
Honda GBO tahun 1995 merupakan projek pertama yang akan dimulakan pada Disember 2014. Dulu kapcai ini dikenali sebagai Kapcai 1 Malaysia. Peringkat permulaan adalah mencari spare parts untuk menguat dan mengukuhkan enjin. Takegawa Japan menjadi pilihan untuk projek pertama ini.

Gambar ehsan google
Ringkasan mengenai Takegawa...sebuah kilang spare part motosikal di Nishikiorihigashi Tondabayashi Osaka JAPAN. Syarikat ini kebanyakan menggunakan mesin-mesin teknologi tinggi seperti CNC Milling, Lathe, Grinding dan EDM Wirecut. Kat Malaysia kemungkinan ada, tapi belum dipopularkan. Antara barang yang menjadi perhatian aku adalah DOHC 4 Valve Cylinder Head dan DOHC 4 Valve Engine Complete.
GBO Kapcai 1 Malaysia
PCV5484 ni telah dijual 6 tahun yang lalu oleh seorang Taukeh Kedai Cermin Mata di Damansara Jaya (geran masih ada tau...). Diiklankan di mudah.my pada harga RM1,100 dan hasil negotiate menjadi RM900. Keadaan sebelum ni tak sekemas ini tapi taklah buruk sangat. Selepas ditune semula oleh Botak Retro Streetcub dengan tambahan modal RM500 ringgit, motor ini sangat selesa ditunggang santai pada kelajuan 40km/h. Kalau cukup berani boleh perah sehingga 110km/h (bukti belum ada)...heh heh heh...
Gambar ehsan google
Honda GBO Streetcub Biru ini menjadi pilihan aku untuk diklonkan pada GBO Kapcai 1 Malaysia untuk menjadi GBO Streetcub 1 Malaysia. Dari segi modal, aku sasarkan RM1,500 complete. Dari segi jangkamasa...aku sasarkan 14 hari bekerja siap (anggaran 5 jam sehari). Tentang equipment, aku perlu cerita akan ceritakan semuanya sebentar lagi...
tapak bengkel Botak Retro Streetcub
Gambar ini baru sahaja diambil. Selepas musim menuai tak Disember 2014 nanti, 3 batang pokok kelapa ini akan ditebang dan akan dibina dwi bengkel belah kanan untuk kerja2 enjin dan elektronik, belah kiri untuk kerja2 chasis dan bodywork aka paintshop. Bengkel macam simple tapi equipment superb. Apa barang !!! Nanti korang baca kat bawah...
pandangan 45 darjah
pandangan hadapan
Draft guna software Total 3D Home. Windows XP jer. Guna Netbook Lenovo. Okay gak. Secara ringkas 20 panjang x 10 lebar. Ada 2 pintu garaj. Lepas ni nak kira kos buat binaan ni pulak. Ingat nak tunjuk kat kontraktor indonesia jer, atau paling jimat, aku sendiri akan bina bersama Botak Changkat Lada. Korang jangan ikut aku, korang duit banyak upah jer.
gambar ehsan google
(Swan air compressor 5HP)
Technician aku pesan, mesin pertama yang patut aku beli adalah air compressor. Mesin di atas ini yang popular kat Malaysia. Harga RM1,800 - RM5,000. Kalau ikut kemampuan yang termurah terpaksa dibeli. Technician aku berpesan lagi, biar beli mahal asalkan isipadu anginnya tinggi. Maksudnya kalau boleh biar setiap kali guna angin biar dalam jangkamasa yang sesuai sebelum kompressor kembali mengepam, kesimpulannya terpaksa beli yang 5HP. Korang kalau ada pengalaman boleh la hupdate kat comments yer...
PCV selepas dismantle
Sekarang ni masih musim hujan... duk kat bendang ni bila time hujan memang tak buat hape2 lah jawabnya. So tidak mahu buang masa aku teruskan projek SC 1 Malaysia aku. Ambik masa 2 hari untuk buka sana dan sini, grind sana dan sini. Hari pertama Botak Changkat Lada advise mana yang patut. Hari kedua aku sengsorang jer. Jenuh jugak sampai gigil tangan pegang grinder... almaklumlah dah lama aku tinggalkan skill workshop nih. Apa yang korang nampak gambar atas ni lah yang akan aku hupgrade sejibik macam yang biru atau yang kuning kat atas....

Buyung.


Buyung yang telah di gosok kertas pasir gred 800.
Sebelum membuat keputusan untuk mengecat buyung, aku jenuh survey dan menggoogle SC warna apa yang paling sesuai untuk aku sembur. Cuba korang bayangkan motor warna biru, buyung warna merah, rim warna hijau... kan dah cacamarba. Warna terbaik adalah hitam, silver, atau krom shj.
Bahagian tengah paling kritikal.
Proses mencuci dan menggosok buyung mengambil masa 2 jam. Macam nak patah pinggang dibuatnya, mujur ada kerusi kerja, kurang sedikit tekanan. Kilat betul, tapi dari jauh je, kalau dekat agak kasar juga. Mengikut nasihat pakar cat dari teluk intan, permukaan perlu kasar supaya cat dapat melekat dengan lebih lama.
Bahagian dalam tak perlu digosok.
Setelah siap digosok, buyung perlu dibasuh dengan sabun untuk menghilangkan semua kekotoran seperti minyak dan habuk besi.
Buyung yang telah dibasuh dengan sabun.
Buyung yang telah dibasuh hendaklah dijemur dibawah cahaya matahari yang terik. Tak sabar rasanya nak sembur cat hitam...
Buyung dalam proses pengeringan...
Mengecat Buyung.

Kerja mengecat sangat mudah sekiranya kita memahami caranya. Berikut adalah butirannya.
Lubang perlu ditampal dengan Masking Tape.

Lubang perlu ditampal dengan Masking Tape - Belakang.

Mulakan dengan sekali layar sahaja...

Setelah itu tebalkan layar dan akhiri dengan Clear Coat,
Persediaan sebelum Primer.

3 jenis cat perlu disediakan untuk hasil baik dan ketahanan yang lebih lama. 2K Primer, Cat Pilihan, dan Cat Clear.
Toncet tu perlu dibuang...
Toncet takde fungsi pun...
Tadaa !!! Kan dah hilang...
Memang lah tak cantik...
Nampak kemas sikit...
Pandangan atas...
Haa !!! Masuk pun...
Semaksimum yang boleh...
Apabila semuanya dah confident, proses seterusnya adalah menggosok dengan kertas pasir. Untuk memastikan tiada lagi karat yang tertinggal. Ini penting supaya tidak bengkak atau benjol...


Primer 2K.


2 jam settle semua...
plastik primer pun kene sembur...
smooth jer...
Proses mengecat mengambil masa lebih kurang 2 jam. 3 lapisan baru konfiden. Korang kalau nak belajar mengecat primer 2k ni sonang jo... gosok, basuh ngan sabun, sembur cat primer, dan keringkan. Mudah kan...

Biru Mazda menjadi pilihan...

Jenuh cari warna akhirnya Biru Mazda menjadi pilihan. Kalau malas bancuh, beli je cat tin Anchor, Samurai atau Tornado. Tapi lepas aku kira kos, rupanya lebih mahal. Adalah lebih baik beli cat kat kedai cat.







Proses mengecat ni ambil masa lebih kurang 2 jam. 3 lapis semburan, nipis, sederhana, dan tebal. Lepas 15 minit terus cat clear....

2 comments:

  1. Bro nk nombor whatsapp..ni nombor gua 0139286167
    Nk tanye pasal motor je...bukan ape

    ReplyDelete