Saturday, March 28, 2015

"Wanita" fitnah paling berat bagi lelaki...

As salam sahabat sekalian. Hampir 1 bulan lamanya aku tidak menjenguk blog sendiri. Maafkan aku yer. Sibuk pindah rumah, kemas rumah, dan sbgnya. Al-maklumlah, dah masuk bulan ke-4 aku duk kat kampung nih...

Korang faham maksud perkataan di atas. 3 bulan telah berlalu dan akhirnya aku diuji dengan ujian yang paling hebat. Yes ! Fitnah !... oleh siapa ? Keluargaku sendiri. Tatkala aku sibuk dan fokus dengan kerjaya sebagai pesawah...seseorang telah bercerita tentang aku sehingga menyebabkan majikan aku hampir memecat aku...

Daripada usamah bin zaid r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita”

…Riwayat Bukhari dan Muslim….

Disuruhnya aku cuti seminggu dan muhasabah diri... yang aku paling pelik...dia suruh aku fahamkan maksud ikhlas... aku akur dan terus pulang ke rumah. Dirumah aku menceritakan semuanya kepada isteriku dan isteriku terkejut...rupanya hanya kerana sepotong nasihat sebagai punca berlakunya fitnah ini. Aku cuba membetulkan keadaan dengan berterus terang dengan majikanku tetapi dia menolak mentah-mentah akan semua penjelasanku.

Daripada Abu Said al-khudri bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;
”Hendaklah kalian takut terhadap godaan dunia dan takutlah kalian terhadap godaan wanita”

Riwayat imam muslim…

Selama seminggu aku hanya mampu berdoa dan tawakkal kepada Allah semoga mereka diberi petunjuk...

Daripada abu hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ada 2 golongan penduduk neraka yang kedua2 nya belum pernah kulihat : iaitu kaum yg memiliki cambuk seperti ekor lembu yg digunakan untuk memukul org dan kedua wanita2 yg berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang krn pakain terlalu ketat,nipis dan sebahgian aurat terbuka yg dpt dilihat rupa bentuk tubuh dan wanita2 yg mudah dirayu atau suka merayu,rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta.wanita2 tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapt mencium bau syurga.padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yg sgt jauh.” 
Riwayat imam Muslim….

Ada benarnya apa yang dia nasihatkan, kalaulah semua orang ikhlas...rasanya dunia aman kottt....Tapi aku insan biasa, tatkala fokus tiba-tiba diganggu oleh anasir-anasir jahat disekelilingku...Syukur akhirnya aku dapat melepasi phasa fitnah oleh kesabaran yang tak mungkin korang boleh fikirkan. Hari ini, majikan aku sms "esok mula kerja"...aku tersenyum sambil bersyukur ke hadrat Allah.

Daripada Ibn al-Zubair bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”sesungguhnya wanita itu ketika dtg dr depan dia dalam bentuk syaitan dan ketika pergi membelakangkan tubuhnya dia memperlihatkan bentuk syaitan pula.oleh sebb itu jika salah seorg dr kamu melihat seorng wanita yg menarik perhatian maka hendaklah ia mendapatkan isterinya,dengan demikian itu dapat menolak gelojak nafsu yg ada dalm dirinya” 
Riwayat Imam Muslim…..

firman Allah SWT berikut ini “ Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah [2] : 155-157).

sabda  Rasulullah SAW, “Sesungguhnya pahala yang besar itu, bersama dengan cobaan yang besar pula. Dan apabila Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan menimpakan musibah kepada mereka. Barangsiapa yang ridha maka Allah akan ridha kepadanya. Dan barangsiapa yang murka, maka murka pula yang akan didapatkannya.” (HR. Tirmidzi, dihasankan al-Albani dalam as-Shahihah [146]).

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seseorang mendapatkan pemberian yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Kerana itu, marilah kita sabar dan ikhlas dalam segala keadaan, yakinlah bahwa janji Allah pasti benar. Percayalah, sabar dan ikhlas, akan membuahkan kebahagiaan hidup.