Tanah Sawah Maryuni Rosidah.

Usia padi 100 hari.
Peringkat Akhir Musim 2/2014.
100 hari telahpun berlalu, kini cuma perlu menunggu masa untuk menuai pada umur cukup 105 hari. Musim kali ini sedikit terjejas kerana jatuh pada musim tengkujuh. Benih padi 263 kali ini kelihatan agak baik, cuma rumput sambau seperti tidak dapat dikawal.


Persediaan Musim 1/2015.


Batas yang telah diratakan separuh.
Meratakan batas merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan. Ini penting bagi mengelakkan pembiakan tikus yang berleluasa. Apabila tikus banyak membuat lubang, binatang lain seperti anjing dan babi akan datang mengorek dan memusnahkan batas untuk memburu tikus.

Musim Awal 1/2015. (Minggu 1)

Membakar Kedap & Meracun Batas.
Bakar lawan angin...kalau tak sesak nafas nanti...
Sempat jugak aku membakar kedap sebelum hujan lebat kesokan harinya. Kedap yang tidak terbakar perlu dibakar keseluruhan pada lusa atau 3 hari selepas itu. Tugas ini wajib kerana untuk memastikan proses membajak tidak terganggu pada minggu ke-3 nanti.

Selain menanti kedap padi kering sekurangnya 3 hari berterusan, kerja lain yang boleh dilakukan adalah meracun batas. Campuran 2 penutup penuh untuk Racun Hijau (xxxxx) dan 1 penutup Racun Putih (xxxxx) untuk setiap 15 liter air. Semburan mengikut ketebalan rumput di atas batas.

Membajak.

No comments:

Post a Comment