Thursday, December 18, 2014

Kentang oh Kentang...

Gambar ehsan Google
Semua orang tahu pasal kentang. Tapi ada berapa perkara yang aku baru tahu pasal kentang nih. Ibu mertua aku adalah pengusaha kecil-kecilan kuih-muih seperti Tepung Talam, Seri Muka, dan Karipap. Kuih yang paling banyak masa penyediaannya adalah karipap. Selain Kentang, beliau telah mencampurkan sedikit Ubi Keledek seagai penambah perisa pada karipap tersebut.
Setiap minggu, sekurangnya sekali beliau memesan kami untuk membeli sekurangnya 5kg kentang. Beliau juga berpesan agar mencari yang murah. Sekiranya sekilo kurang atau RM2. Hari tu saja nak test, aku pergi mencari kentang di 3 lokasi berbeza, pasaraya, kedai borong, dan pasar ikan. Ternyata yang termahal adalah di pasar ikan.Alasannya adalah telah mengkategorikan kepada 2 saiz besar dan kecil. Makin besar kentang tersebut maka makin mahal lah harganya.RM3.50 sekilo pada kami adalah sangat mahal. Tak berbaloi kalau buat niaga.Kedai borong paling murah, sekilo RM2.00 kerana besar dan kecil telah dicampur aduk. So keje buat karipap agak renyah sebab nak kopek kulit. Tapi sangat berbaloi buat niaga....so korang cubalah test tanya kedai berapa rege kentang kat tempat korang...jgn asyik nak membeli sampai terlupa harga pasaran...jimatlah berbelanja...tak rugi.