Friday, December 12, 2014

Banglo B-Line Small 005 menjadi pilihan....

Sejak sebulan yang lalu kami (aku & wife) me riki rumah sana dan sini. Semalam akhirnya aku menemui pelan terbaik mengikut citarasa kami berdua. Rumah sekurangnya 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu yang luas bergandingan dengan ruang makan dan dapur, paling penting balkoni menghadap sawah padi menjadi agenda utama. Aku terharu bersyukur telah ditemukan dengan satu website dari negara barat...

Bahagian belakang rumah menghadap sawah

Boleh tanam rumput...
Tangga kayu untuk menikmati keindahan...
Pintu masuk nun kat hujung tuh...biru

Sambil masak boleh makan, tonton tv, lepak verandah...

Simple dekorasi tetapi sofa empuk menjadi keperluan...
Pelan masih dalam pembikinan...
Detail seperti berikut:-
OVERALL DIMENSIONS: 32' x 57'
SIZE:1230 sq.ft.
BEDROOM PORCH 4'-0" x 13'-1"
BEDROOM 1 9'-7" x 9'-1" 
BEDROOM 2 9'-7" x 9'-1" 
LAUNDRY 8'-3" x 5'-1" 
BATHROOM 8'-4" x 5'-1" 
MASTER BED 12'-1" x 12'-7"
MASTER PORCH 9' x 12'-7" 
DINING ROOM 11'-8" x 9'-1"
KITCHEN  12'-0" x 9' 
LIVING ROOM 12'-6" x 18'-1"
FRONT PORCH 5'-10" x 18'-1"

Keluasan kurang 1,500 kaki persegi cukup untuk kami 5 sekeluarga + sesiapa sahaj tetamu VIP yang bakal singgah dan bermalam di teratak kami. Pecah tanah dijangka akan dimulakan pada Januari 2015. Sama kita doakan agar niat murni ini menjadi kenyataan...In shaa Allah...



Antara Samsung Galaxy S4 Zoom atau Samsung Galaxy S5...

Samsung Galaxy S4 Zoom

Samsung Galaxy S5
Android pertama yang aku guna adalah Samsung Galaxy Tab 2 7.0 inch. Disebabkan saiznya yang super jumbo adalah menjadi satu kerumitan bila menjawab panggilan. Makanya aku hadiahkan kepada anak-anak aku untuk dikongsi guna apabila ada Wifi. Main game lah apa lagi...so disebabkan budget aku yang ciput aku bersetuju untuk menerima Samsung Galaxy S3 yang telah digunakan wife aku sebelum itu. Pada mulanya aku agak kekok sedikit maklumlah dari Tab 2 ke S3... tapi aku mula teruja dengan kamera yang terbina dalam. Setiap kali aku shot pasti hasilnya jarang mengecewakan. Tapi sejak kebelakangan ini... S3 aku mula buat hal, pertama baterinya cepat kong (kurang 2 jam kalau guna mobile data) dan kedua selalu auto shutdown. Apa yang berlaku ?!! Sebelum pindah ari tu terjatuh atas jalan tar dan crack. Dah hampir 2 bulan aku cuba bertahan menggunakannya. Dalam masa bertahan aku mula me riki phone2 baru yang bakal aku beli. Semasa wife aku menyerahkan phone S3 dia kepada aku, aku telah membelikannya phone baru Lenovo S860. Battery life memang superb. 48 jam bertahan walau dalam mode mobile data. Hebat... tapi aku kurang teruja dengan kameranya.
Bila aku melawat Blog GSM Arena... ada 3 pilihan sebenarnya...S4 Zoom, S5, dan Iphone 6. Memang The best on paper adalah Iphone 6, tapi sebab budget aku bawah 2k, Iphone terkeluar...sekarang mengira detik kumpul duit sahaja. S3 akan kucuba repair terlebih dahulu... sayang sungguh pada S3. Korang guna phone apa...share lah sikit...

Kelapa oh kelapa...

gambar ehsan Google
Kat keliling rumah bapak aku ada la lebih kurang 15 batang pokok kelapa. Setiap minggu pasti ada je yang jatuh. Kalau dibiarkan bukan sahaja akan menyebabkan keliling rumah bersepah, malah kelapa mula tumbuh dengan cepatnya. Sehingga hari ini... dah lebih seratus biji aku kutip dan kumpulkan satu tempat. Bapak aku berpesan supaya menanam semua kelapa tersebut dikeliling rumah. Aik... takkan 100 biji semua nak ditanam...bapak aku pesan bukan untuk buahnya tapi untuk umbutnya.... owh baru aku faham...umbut kelapa sedap dibuat masak lemak....gambar lepas tanam nanti akan aku hupdate...