Musim 2/2014 telahpun berakhir. Sepanjang 3 bulan probation bersama 9 lot tanah sawah, rasa tak sabar nak tengok jumlah tan hasil padi kali ini. Bila aku tanya ayah, dia cuma menjawab target 10 tan purata. Ini bermaksud 11 tan setiap lot 5.5 ekar.
Mesin sedang menuai tanah Maryuni & Rosidah.
Aku ada juga berbual kosong dengan jiran2 di kampung mereka berpendapat bahawa musim ini agak jatuh dari musim lepas disebabkan faktor cuaca, penyakit, dan jenis benih. Ayah aku guna variety 263 berbanding jiran2 lain yang menggunakan 269. Untuk musim baru nanti, ayah aku akan cuba menggunakan benih baru iaitu CL. Aku pun tak tahu benih ni jenis apa, tapi orang2 kampung dah lama tahu, in shaa Allah nanti aku google sendiri.
Bersambung di tanah Embah Marhamah.
Lepas subuh pagi tadi, ayahku mula brief tentang job2 aku untuk musim 1/2015. Bermula dengan meratakan batas, racun siput di longkang tengah, meracun tikus, dan meracun batas sekurangnya 1 bulan sekali. Bagi kalian yang ingin mengetahui kehidupan sebenar di sawah padi, silalah rujuk detail setiap lot di bahagian kanan blogs. Sekian sampai ketemu lagi nanti...