Monday, November 10, 2014

Projek GBO kepada Streetcub...


Gambar ehsan google
GBO J C70 CDI adalah motor paling popular era 1993. Aku berkesempatan membeli dari seorang taukeh kedai cermin mata di Damansara Jaya dengan harga RM900. Dengan sedikit kos baikpulih aku dapat menggunakannya untuk ke kedai dan pasaraya berhampiran. Kini aku telah bosan menunggangnya kerana aura standardnya begitu membosankan...kini masa untuk berubah... 

Gambar ehsan google
Streetcub dah sinonim dengan C70, C50, C65, C90 dan EX5. Mula dipopularkan pada penghujung 2012 - 2014. Aku mula berangan untuk buat satu sebagai koleksi. Engineer kg pun aku dah ada. Cuma tinggal untuk mulakan projek tersebut seawal Disember 2014....


No comments:

Post a Comment