Wednesday, November 26, 2014

Hikmahnya...

Gambar ehsan google
Akhirnya kami terkena jugak... aku mula berasa ada sesuatu yang akan berlaku bila berpindah cuma tak jangka perkara ini akan berlaku. Hint pertama sepatutnya kami berpindah di hadapan rumah mertua, alih2 penyewa tu tak jadi pindah kerana permohonannya tidak diluluskan untuk pindah mengikut suami kerana baru bertugas setahun. Hint kedua... sepatutnya rumah ini khas untuk pekerja pertanian atau kerajaan sahaja, tapi dengarnya kalau swasta boleh cuba mohon asalkan ada slip gaji, dengan sokongan padu dari ayah dan ibu mertua kami buat appointment. Dihari yang telah dijanjikan tuan rumah tidak muncul, tak cukup dengan itu siap ngan maki hamun bagai kat kami...dalam talian... takper hari kau. Hint ketiga paling menarik...turun barang jam 8 pagi, pukul 12 tengah hari tuan rumah call "tak jadi nak sewakan rumah!"...pastu terus off hp. Kena loading barang bawak balik rumah mak bapak aku....sedikit terkilan tapi aku layankan sahaja....
Kalau mak bapak aku tak tahan nanti baru aku cari rumah lain.... buat masa ni masih boleh terima...
Syukur alhamdulillah...

Thursday, November 20, 2014

Radii Teknologi Sdn Bhd...

Radii Teknologi Sdn Bhd Klang

Sejarah Radii Teknologi Sdn Bhd
Kalau berbicara mengenai Walkie Talkie, Portable Radio, Base Radio, Base Set, RepeaterRADII memang sinonim dengan peralatan-peralatan nih. Cuma paling popular dikalangan re-seller, dealer, sub-dealer mahupun retailer dan end user. Kali pertama aku join adalah pada tahun 2004, waktu itu aku baru sahaja berumahtangga. Jawatan pertama yang aku pegang adalah despatch. Disebabkan majikan perasan aku ni lebih rajin dari yang paling malas aku dinaikkan pangkat ke customer service officer, kemudian sales executive, dan jawatan terakhir assistant sales manager. Bangga ? Syukur sebenarnya sebab tak mengimpikan apa-apa selain mencari sesuap nasi. Sempat juga probation title manager tapi tak kesampaian sebab sales target RM1 juta diluar kemampuan aku....aku pasrah. Pun begitu, aku terima segala pelajaran dan pengajaran yang telah diberikan oleh sesiapa sahaja dari Radii. Akhir kata...sekiranya anda ingin mengetahui apa sahaja mengenai Motorola Radio UHF/VHF terus sahaja berhubung ke alamat berikut.

RADII TEKNOLOGI SDN BHD
Wisma RADII, No. 327, Jalan Telok Gadong / KS1
Off Persiaran Raja Muda Musa, 
42000 Pelabuhan Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603 – 3168 8328 Fax : 603 – 3165 8328
GPS: N 03º01.368' E 101º25.211'
Email : sales@radii.com.my / operations@radii.com.my 
Website : www.radii.com.my

Wednesday, November 19, 2014

Farewell... wajarkah ?

gambar ehsan google
Aku ada pendirian... dan ini pendirian aku. Mungkin agak emo atau mungkin agak kurang puas hati. Hormati pendirian aku. Sepanjang 10 tahun bekerja di sini, aku telah belajar selok belok pekerjaan. Senang, susah, rumit, kautim, sabar dan sebagainya telahpun dilalui. Satu kesimpulan yang dapat aku ceritakan di sini adalah Kerjasama dan Politik Pejabat. 2 perkara ini sekiranya pihak pengurusan tidak ambil peduli maka berantakanlah semua organisasi. Pendek cerita...untuk farewell di syarikat ini aku terpaksa tolak why ? Kerana kurang Kerjasama dan Politik Pejabat yang terlalu angkuh berlaku di sini. Biarkan aku berlalu pergi begitu sahaja akan lebih memberi aku kedamaian dan ketenangan yang aku cari selama ini...rakan kerja...hmmm...jutaan terima kasih sahaja yang dapat aku ucapkan. Appreciation ?...bukan tak perlu, cuma mungkin aku kurang berkelayakan....

Jobs Handover...

Gambar ehsan google
Walaupun 10 tahun telah berlalu, tak bermaksud nak handover 10 tahun punya job. Aku buat kesimpulan job yang benar-benar aku handover cuma 3 tahun. Aku sangat memilih pelanggan satu ketika dulu, bukan apa, boss aku pesan...1st good paymaster, 2nd regular purchase from us, 3rd loyalty. Pelanggan seperti Sp Setia Berhad adalah contoh terbaik. Sales yang baik bukanlah kerana Purchase Ordernya, tetapi kerana Khidmat Pelanggan.
Hari ini 20 syarikat di bawah jagaan aku telahpun di handover kepada yang berkenaan...lega rasanya. Korang mesti pernah handover kerja....kalau takde maksudnya korang mungkin ca alif but...Cabut !!!

Saturday, November 15, 2014

Bertemu sahabat lama...

Gambar ehsan google
Satu masa dahulu tahun 1994 kami ber-6. Aku, Zam(Kapitan), Lan, Mamat Don, Leman Membreng, dan Salleh Keduaq. Aktiviti rutin main game, bersnooker, melaram, memancing, main meriam, dsbnya. Bila sudah berumah tangga masing sibuk dgn hal masing2. Hari ini aku bertemu dgn Leman...kami rancak berbual tentang pengalaman 10 tahun kebelakangan... Alhamdulillah. Kami punya rancangan untuk berniaga. Kami bersama Zam juga mula berbincang tentang masa depan....

Gambar ehsan google (lebah kelulut)
Leman punya perancangan untuk mengusahakan  Madu Kelulut. Nampak mudah, tapi selepas penerangan ringkas...agak rumit jugak. Pendek kata, kalau takde pohon untuk 3T...tak payah fikir. So untuk tidak memeningkan kepala aku...aku biarkan sahaja dia fikirkan semua. Mengapa, aku jugak punyai perancangan juga....

Wednesday, November 12, 2014

Banglo setingkat terkecil termurah...


Gambar ehsan google
Harga rumah dan butir-butir hartanah tersebut adalah seperti berikut :
Harga Jualan : RM158,000
Rekabentuk : Jenis B3
Keluasan Tanah : 5,630 kaki persegi
Keluasan Rumah : 1008 kaki persegi
Status Tanah : Atas tanah ibu/bapa melalui Surat Akuan Pemilik Tanah.


Impian rumah paling berani aku fikir adalah seperti di atas. Malas nak bagi orang keliling sakit mata... janji ada bumbung, 3 bilik tidur, 2 bilik mandi dan dapur. Yang paling penting sekali belakang rumah menghadap sawah padi...kerana ingin mencari ketenangan dikala kesunyian...

Tuesday, November 11, 2014

Axia oh Axia...


Gambar ehsan Zan Burger

Perodua Axia 1.0 SE

Model Special Edition Axia 1.0 SE terdapat pilihan transmisi manual 5-speed atau transmisi auto 4-speed. Berikut adalah senarai equipment untuk variant ini :
  • Projector headlamps
  • SE bodykit with aero bumpers, side skirting and rear spoiler
  • Fog lamps
  • Front parking sensors
  • Chrome front grille
  • Audio head unit with CD, MP3 and Bluetooth support
  • Painted door armrest
  • Fabric door trim
  • Semi-bucket seats
  • Silver and chrome interior finish
  • Separated rear headrest
  • Shift lever knob with ‘ornament’
  • Handbrake lever with ‘ornament’
  • ABS, EBD and brake assist
  • Security tint film
1.0 SE Manual – RM36,800 (solid)
1.0 SE Manual – RM37,200 (metallic)
1.0 SE Automatic – RM39,800 (solid)
1.0 SE Automatic – RM40,200 (metallic)


Wira GSR buat stock racing, yang ni buat runner sana dan sinun...In Shaa Allah....

Pandu uji Yamaha TZM 150...1994







Gambar ehsan motomalaya.net

Terjumpa file jpeg dalam web. Terus download dan share. Motor ni memang champion pada zaman tu lah. Seingat aku rege nya RM 7,000 dan ke atas. Zaman tu yang layak beli cuma level technician dan ke atas jer. Kalau terbeli tu kira hebat lah dorunk tu. Bunyi agak bingit dan mempunyai kelajuan sehingga 190kmh. Aku nak abadikan dalam blog ni jugak...enjoy !!!

Mentarang oh Mentarang

Gambar ehsan google
Mentarang ni cerita lama...tapi aku nak update jugak. Sapa yang belum merasa perlu cuba sekali sebab korang pasti akan merindui rasanya yang eksotik. Cara penyediaan masak agak renyah sebab perlu dibersihkan sebersihnya dan lidahnya yang panjang perlu dibuang terlebih dahulu. Rupanya mentarang ni boleh dimasak hampir semua jenis juadah seperti tumis, asam pedas, kari, sambal goreng, masak lemak, dan sebagainya. Bila menggogle ....rasa teringin pulak nak mencuba masak Asam Pedas Melaka....nanti aku hupdate lagi.

Untungnya ada tanah bendang...

Gambar ehsan google
Kali pertama aku turun bendang adalah pada umur 10 tahun. Waktu itu ayahku cuma ada sebidang tanah 1 lot 5.5 ekar. Ayahku kerap mengajak kami 3 beradik lelaki turun ke sawah untuk mambantunya membaja, merumput dan sebagainya. Aku ni jenis malas nak layan bendang. Tak suka kotor. Biasa curi tulang dan membiarkan 2 abang aku untuk selesaikan kerja. Setelah 26 tahun berlalu kini ayahku telah mengerjakan 10 lot tanah sawah. Kebanyakan adalah tanahnya sendiri. Dahulu harga tanah murah...1 lot RM40,000. Sekarang harga tertinggi adalah RM400,000. Untungnya yang dah ada tanah untuk masa depan...aku ? Tak layak membeli tanahpun...

Monday, November 10, 2014

Aku dan Char Kue Teow...

Gambar ehsan Zan Burger
Gambar throwback ni dirakam oleh isteri aku. Lokasi Nusari Bayu 2 Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan. Masa tu aku kira dah tahap paling seronok buat api...nak tinggi lagi pun boleh tapi risau rumah sewa ni terbakar pulak nanti. Tentang rasa dan kemewahan...ini adalah Char Kue Teow lebih sedap dari yang paling sedap aku makan kat Pandamaran Klang belakang petronas. Apa !!! Aku memang suka angkat bakul sendiri...

Roti Canai dan Roti Banjir....

Gambar ehsan google
Sarapan murah, panas dan pantas di gerai makan adalah Roti Canai. Satu juadah kegemaran aku bila bersarapan dengan keluarga. Ada beza tebaran mamak dan melayu. Kalau peniaganya pandai membuat doh maka lembutlah rotinya...kari kambing jugak bukan semua kedai pandai buat. Ada yang pekat dan ada yang cair. Kalau aku memang suka roti yang lembut panas + kuah kari ayam + kuah kari kambing+sedikit dhal+sedikit sambal. Confirm akan kekenyangan sehingga jam 2 petang....

Projek GBO kepada Streetcub...


Gambar ehsan google
GBO J C70 CDI adalah motor paling popular era 1993. Aku berkesempatan membeli dari seorang taukeh kedai cermin mata di Damansara Jaya dengan harga RM900. Dengan sedikit kos baikpulih aku dapat menggunakannya untuk ke kedai dan pasaraya berhampiran. Kini aku telah bosan menunggangnya kerana aura standardnya begitu membosankan...kini masa untuk berubah... 

Gambar ehsan google
Streetcub dah sinonim dengan C70, C50, C65, C90 dan EX5. Mula dipopularkan pada penghujung 2012 - 2014. Aku mula berangan untuk buat satu sebagai koleksi. Engineer kg pun aku dah ada. Cuma tinggal untuk mulakan projek tersebut seawal Disember 2014....


Pindah rumah sekali lagi...

Gambar ehsan google
Aku masih ingat kali pertama menjejakkan kaki di KL ni adalah rumah di Taman Dato Harun Jln Klang lama. Bukan rumahpun boleh kata rumah setingkat buat bilik kat atas yang ada 2 bilik kecil + 1 tandas. Oleh kerana aku nie orang kampung kami memang kena cukup-cukup dengan tuan rumah. Waktu tu tahun 1998 sewa RM500 mengarut..tetap bayar duduk 4 orang. Tak puas hati aku mula berpindah ke Puchong 2 x, Damansara Damai, Klang 3 x, Setia Alam dan untuk kali terakhir in Shaa Allah Chenderong Balai. Pun begitu...menumpang rumah Bapak dan Ibu Mertua on dan off...bagusnya kalau rumah yang aku siap bina boleh dibawa ke sana dan sini...macam dalam gambar atas ni.

Sunday, November 9, 2014

Ayahku sudah uzur...

Gambar Original
Aku pernah solat berjemaah bersama ayah dan abang. Pada sujud untuk rakaat ke-2 aku perasan betapa sukarnya ayah aku hendak bangun...tiba tiba air mataku mengalir tidak tahan sebak. Aku perasan aku samada aku sudah agak lewat untuk berbakti atau sudah tiba masa untuk aku benar-benar pulang. Setiap kali pulang ke-kampung sejak 2 bulan yang lalu aku pasti akan melihat tindak tanduk dan gerak geri ayah...ayah sudah uzur. Ingin saja aku menyuruh supaya ayah berehat tapi apakan daya...lagi 2 minggu sahaja baru aku pulang ke kampung. Maafkan aku kerana kurang mempedulikanmu....

Friday, November 7, 2014

Pangkin Tua...di sini perjalananku bermula...

Gambar ehsan google
Dah lebih 10 tahun aku merantau dan lebih 10 tahun jugak aku telah berumahtangga bersama isteriku dan anak-anak. Kini tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk pulang ke kampung halaman. Kekadang jenuh fikir adakah betul keputusan aku atau hanya cuba-cuba. Apapun surat perletakan jawatan telah pun diberi 2 minggu yang lalu. Keputusan tetap keputusan. Hal yang lepas tak mahu aku fikirkan lagi....