Baja ni baru jer sampai kelmarin. Perlu ditabur selepas bajak pertama, dan perlu dikambus pada bajak kedua. Tugas membaja telah diberi kepada Botak Changkat Lada. Aku malas nak campur, tapi untuk pelajaran aku sekadar ambil tahu.
Sukatan yang Boss suruh, 10 beg untuk satu lot tanah. Kali dengan 7 lot bersamaan 70 beg. Hari ni jer Botak dah settlekan 5 lot. Hebat sungguh dia.... aku ? Tengok je lahh..
Teknik dan pengalaman membaja lebih 10 tahun sangat berguna buat Botak. Kalau nak upah dia untuk membaja sangatlah berbaloi-baloi. Korang bagi jer berapa banyak atau sikit baja, pasti dia akan cukupkan dalam kawasan tanah anda.