Sunday, January 18, 2015

Selamat Pengantin Baru.

Congratz !!!
Aku yang tak sabar sebenornya...
Antara tetamu yang hadir...
Alhamdulillah...syukur. Bertemu jodoh akhirnya. Aku mula mengenali dia sejak umurku 10 tahun. Dia antara rakan kelasku yang sangat bijak dan sangat fasih berbahasa inggeris. Mempunyai kerjaya mantap dan suami yang mantap jugak. Doa aku untuk dia, semoga kekal berbahagia hingga akhit hayat. Amin...

Saturday, January 10, 2015

Persediaan Pasca Musim 1/2015.

Perlu dibelah dua.
 Pagi-pagi boss dah bagi arahan untuk membuka tangki minyak Diesel pada petang ini, aku pun bergegas ke bendah Khailani dan Embah Basman untuk meracun batas...dapat siapkan sekeping setengah jer... eok sambung lagi...so Abg Zam tolong buatkan dahulu.
Masalah gearbox...
Masalah taklah besar sangat, Gear Tendang balik jika tekanan terlalu kuat diberi. Minggu depan dah start membajak... tepat jam 3pm aku sibuk bergegas ke tanah Leha untuk membakar kedap yang separa kering. Alhamdulillah... selesai jam 4.30pm. Balik dan solat dahulu baru mula tolong Abg Zam...

Saturday, January 3, 2015

Banjir di Kampung Gajah.

Yang baju merah tu saje nak timba pengalaman...
Jarak kampung aku dengan Kampung Gajah antara 15-20 km. Disebabkan Kampung Gajah hampir dengan Sungai Perak, makanya ada sedikit risiko banjir. Gambar di atas adalah satu kampung dari kampung2 yang terlibat. Kampung Memali.

Parit yang telah dinaiki air...
Kelihatan seperti pemancing dan pemukat sedang memerhatikan sesuatu...

Antara hasil tangkapan yang segar.
Dalam musibah ada hikmah juga, pemukat dan pemancing berkumpul mencari rezeki. Antara ikan2 yang ditangkap adalah Temakang, Puyu, Sepat dan sbgnya... rege RM10 nih...

Jem Rambutan.

Nampak jer, tapi jenuh jugak...
Awal pagi boss dah panggil aku dan menyuruhku kait semua buah rambutan untuk dijadikan jem. Dulu sewaktu aku kecil, aruah embah selalu buat jem rambutan. Aku pun dah lupa rasanya...kat keliling rumah ada 4 batang pokok jer. Semuanya lekang, 3 merah 1 kuning. Jenis pokok aku pun dah lupa, kalau aku ingat nanti aku update.

Dapat separuh kereta jer...jadilah.
Setelah dikumpulkan dalam kereta sorong, rambutan perlu dikupas terlebih dahulu. 

Rambutan yang selesai dikupas...
Wajib dibasuh terlebih dahulu sebelum direbus.

Macam laici...
Peringkat akhir didalam periuk. Nanti akan aku update lagi...

Friday, January 2, 2015

Selamat tinggal 2014...Selamat datang 2015...

Satu lori penuh bersamaan 4 tan beratnya.
Musim 2/2014 telahpun berakhir. Sepanjang 3 bulan probation bersama 9 lot tanah sawah, rasa tak sabar nak tengok jumlah tan hasil padi kali ini. Bila aku tanya ayah, dia cuma menjawab target 10 tan purata. Ini bermaksud 11 tan setiap lot 5.5 ekar. 


Mesin sedang menuai tanah Maryuni & Rosidah.
Aku ada juga berbual kosong dengan jiran2 di kampung mereka berpendapat bahawa musim ini agak jatuh dari musim lepas disebabkan faktor cuaca, penyakit, dan jenis benih. Ayah aku guna variety 263 berbanding jiran2 lain yang menggunakan 269. Untuk musim baru nanti, ayah aku akan cuba menggunakan benih baru iaitu CL. Aku pun tak tahu benih ni jenis apa, tapi orang2 kampung dah lama tahu, in shaa Allah nanti aku google sendiri.


Bersambung di tanah Embah Marhamah.
Lepas subuh pagi tadi, ayahku mula brief tentang job2 aku untuk musim 1/2015. Bermula dengan meratakan batas, racun siput di longkang tengah, meracun tikus, dan meracun batas sekurangnya 1 bulan sekali. Bagi kalian yang ingin mengetahui kehidupan sebenar di sawah padi, silalah rujuk detail setiap lot di bahagian kanan blogs. Sekian sampai ketemu lagi nanti...