Saturday, March 28, 2015

"Wanita" fitnah paling berat bagi lelaki...

As salam sahabat sekalian. Hampir 1 bulan lamanya aku tidak menjenguk blog sendiri. Maafkan aku yer. Sibuk pindah rumah, kemas rumah, dan sbgnya. Al-maklumlah, dah masuk bulan ke-4 aku duk kat kampung nih...

Korang faham maksud perkataan di atas. 3 bulan telah berlalu dan akhirnya aku diuji dengan ujian yang paling hebat. Yes ! Fitnah !... oleh siapa ? Keluargaku sendiri. Tatkala aku sibuk dan fokus dengan kerjaya sebagai pesawah...seseorang telah bercerita tentang aku sehingga menyebabkan majikan aku hampir memecat aku...

Daripada usamah bin zaid r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita”

…Riwayat Bukhari dan Muslim….

Disuruhnya aku cuti seminggu dan muhasabah diri... yang aku paling pelik...dia suruh aku fahamkan maksud ikhlas... aku akur dan terus pulang ke rumah. Dirumah aku menceritakan semuanya kepada isteriku dan isteriku terkejut...rupanya hanya kerana sepotong nasihat sebagai punca berlakunya fitnah ini. Aku cuba membetulkan keadaan dengan berterus terang dengan majikanku tetapi dia menolak mentah-mentah akan semua penjelasanku.

Daripada Abu Said al-khudri bahawa rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;
”Hendaklah kalian takut terhadap godaan dunia dan takutlah kalian terhadap godaan wanita”

Riwayat imam muslim…

Selama seminggu aku hanya mampu berdoa dan tawakkal kepada Allah semoga mereka diberi petunjuk...

Daripada abu hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ada 2 golongan penduduk neraka yang kedua2 nya belum pernah kulihat : iaitu kaum yg memiliki cambuk seperti ekor lembu yg digunakan untuk memukul org dan kedua wanita2 yg berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang krn pakain terlalu ketat,nipis dan sebahgian aurat terbuka yg dpt dilihat rupa bentuk tubuh dan wanita2 yg mudah dirayu atau suka merayu,rambut mereka disanggul bagaikan bonggol unta.wanita2 tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapt mencium bau syurga.padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yg sgt jauh.” 
Riwayat imam Muslim….

Ada benarnya apa yang dia nasihatkan, kalaulah semua orang ikhlas...rasanya dunia aman kottt....Tapi aku insan biasa, tatkala fokus tiba-tiba diganggu oleh anasir-anasir jahat disekelilingku...Syukur akhirnya aku dapat melepasi phasa fitnah oleh kesabaran yang tak mungkin korang boleh fikirkan. Hari ini, majikan aku sms "esok mula kerja"...aku tersenyum sambil bersyukur ke hadrat Allah.

Daripada Ibn al-Zubair bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud;”sesungguhnya wanita itu ketika dtg dr depan dia dalam bentuk syaitan dan ketika pergi membelakangkan tubuhnya dia memperlihatkan bentuk syaitan pula.oleh sebb itu jika salah seorg dr kamu melihat seorng wanita yg menarik perhatian maka hendaklah ia mendapatkan isterinya,dengan demikian itu dapat menolak gelojak nafsu yg ada dalm dirinya” 
Riwayat Imam Muslim…..

firman Allah SWT berikut ini “ Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah [2] : 155-157).

sabda  Rasulullah SAW, “Sesungguhnya pahala yang besar itu, bersama dengan cobaan yang besar pula. Dan apabila Allah mencintai suatu kaum maka Allah akan menimpakan musibah kepada mereka. Barangsiapa yang ridha maka Allah akan ridha kepadanya. Dan barangsiapa yang murka, maka murka pula yang akan didapatkannya.” (HR. Tirmidzi, dihasankan al-Albani dalam as-Shahihah [146]).

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seseorang mendapatkan pemberian yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Kerana itu, marilah kita sabar dan ikhlas dalam segala keadaan, yakinlah bahwa janji Allah pasti benar. Percayalah, sabar dan ikhlas, akan membuahkan kebahagiaan hidup.

Friday, February 13, 2015

Musim Membaja Organik 1/2015.

Baja ni baru jer sampai kelmarin. Perlu ditabur selepas bajak pertama, dan perlu dikambus pada bajak kedua. Tugas membaja telah diberi kepada Botak Changkat Lada. Aku malas nak campur, tapi untuk pelajaran aku sekadar ambil tahu.
Sukatan yang Boss suruh, 10 beg untuk satu lot tanah. Kali dengan 7 lot bersamaan 70 beg. Hari ni jer Botak dah settlekan 5 lot. Hebat sungguh dia.... aku ? Tengok je lahh..
Teknik dan pengalaman membaja lebih 10 tahun sangat berguna buat Botak. Kalau nak upah dia untuk membaja sangatlah berbaloi-baloi. Korang bagi jer berapa banyak atau sikit baja, pasti dia akan cukupkan dalam kawasan tanah anda.

Musim Membajak Tanah Sawah 1/2015

Tanah agak lembab...
Musim baru 1/2015 telahpun bermula. Boss aku awal pagi dah kuar gi membajak. Aku disuruh beli nasi lemak parit 6/6R, 2 bungkus untuk dihantar sebagai sarapan dan makan tengah hari kemudian. Tanah parit 6 agak lembab disebabkan hujan lebat pada kelamarin. 
Burung-burung mencari rezeki...
Burung seakan burung bangau mencari rezeki hasil dari tanah yang digembur. Tau-tau jer ada banyak makanan. Macam jinak tapi tak pernah dapat tangkap pun....

Saturday, February 7, 2015

Tuntun...Cantik...

Macho sungguh...

Macho lah sangat !
Tuntun nama diberi. Adik aku yang bagi nama...malas nak tanya sebab kenapa bagi nama tuh...tapi ok. Kat umah bapak aku ada 7 ekor termasuk Tuntun, macam-macam perangai dorunk nih. Yang ni tak suka lepak kat umah, balikpun cuma makan pagi dan petang, selebihnya lepak kat rumah jiran sebelah. Pasal anak, entah berapa betina dah dia tibai, tapi tak pernah balik bawak anak dan bini...

Owh Cantik...
Cantik (bukan nama sebenar) adalah adopting dari Shah Alam. Yang ini special sikit, rasanya telah dimandulkan oleh tuannya...tak pernah bunting, asal ada jantan nak try jer, dia libas satu kali. Takder langsung jantan yang berani dekat padanya. Dengan bapak aku cukup manja. Yang ini aku bagi nama timangan Permaisuri Siling. Kongker habis satu siling kat rumah bapak aku...
Korang ada haiwan pelihraan ?

Sunday, January 18, 2015

Selamat Pengantin Baru.

Congratz !!!
Aku yang tak sabar sebenornya...
Antara tetamu yang hadir...
Alhamdulillah...syukur. Bertemu jodoh akhirnya. Aku mula mengenali dia sejak umurku 10 tahun. Dia antara rakan kelasku yang sangat bijak dan sangat fasih berbahasa inggeris. Mempunyai kerjaya mantap dan suami yang mantap jugak. Doa aku untuk dia, semoga kekal berbahagia hingga akhit hayat. Amin...

Saturday, January 10, 2015

Persediaan Pasca Musim 1/2015.

Perlu dibelah dua.
 Pagi-pagi boss dah bagi arahan untuk membuka tangki minyak Diesel pada petang ini, aku pun bergegas ke bendah Khailani dan Embah Basman untuk meracun batas...dapat siapkan sekeping setengah jer... eok sambung lagi...so Abg Zam tolong buatkan dahulu.
Masalah gearbox...
Masalah taklah besar sangat, Gear Tendang balik jika tekanan terlalu kuat diberi. Minggu depan dah start membajak... tepat jam 3pm aku sibuk bergegas ke tanah Leha untuk membakar kedap yang separa kering. Alhamdulillah... selesai jam 4.30pm. Balik dan solat dahulu baru mula tolong Abg Zam...

Saturday, January 3, 2015

Banjir di Kampung Gajah.

Yang baju merah tu saje nak timba pengalaman...
Jarak kampung aku dengan Kampung Gajah antara 15-20 km. Disebabkan Kampung Gajah hampir dengan Sungai Perak, makanya ada sedikit risiko banjir. Gambar di atas adalah satu kampung dari kampung2 yang terlibat. Kampung Memali.

Parit yang telah dinaiki air...
Kelihatan seperti pemancing dan pemukat sedang memerhatikan sesuatu...

Antara hasil tangkapan yang segar.
Dalam musibah ada hikmah juga, pemukat dan pemancing berkumpul mencari rezeki. Antara ikan2 yang ditangkap adalah Temakang, Puyu, Sepat dan sbgnya... rege RM10 nih...

Jem Rambutan.

Nampak jer, tapi jenuh jugak...
Awal pagi boss dah panggil aku dan menyuruhku kait semua buah rambutan untuk dijadikan jem. Dulu sewaktu aku kecil, aruah embah selalu buat jem rambutan. Aku pun dah lupa rasanya...kat keliling rumah ada 4 batang pokok jer. Semuanya lekang, 3 merah 1 kuning. Jenis pokok aku pun dah lupa, kalau aku ingat nanti aku update.

Dapat separuh kereta jer...jadilah.
Setelah dikumpulkan dalam kereta sorong, rambutan perlu dikupas terlebih dahulu. 

Rambutan yang selesai dikupas...
Wajib dibasuh terlebih dahulu sebelum direbus.

Macam laici...
Peringkat akhir didalam periuk. Nanti akan aku update lagi...

Friday, January 2, 2015

Selamat tinggal 2014...Selamat datang 2015...

Satu lori penuh bersamaan 4 tan beratnya.
Musim 2/2014 telahpun berakhir. Sepanjang 3 bulan probation bersama 9 lot tanah sawah, rasa tak sabar nak tengok jumlah tan hasil padi kali ini. Bila aku tanya ayah, dia cuma menjawab target 10 tan purata. Ini bermaksud 11 tan setiap lot 5.5 ekar. 


Mesin sedang menuai tanah Maryuni & Rosidah.
Aku ada juga berbual kosong dengan jiran2 di kampung mereka berpendapat bahawa musim ini agak jatuh dari musim lepas disebabkan faktor cuaca, penyakit, dan jenis benih. Ayah aku guna variety 263 berbanding jiran2 lain yang menggunakan 269. Untuk musim baru nanti, ayah aku akan cuba menggunakan benih baru iaitu CL. Aku pun tak tahu benih ni jenis apa, tapi orang2 kampung dah lama tahu, in shaa Allah nanti aku google sendiri.


Bersambung di tanah Embah Marhamah.
Lepas subuh pagi tadi, ayahku mula brief tentang job2 aku untuk musim 1/2015. Bermula dengan meratakan batas, racun siput di longkang tengah, meracun tikus, dan meracun batas sekurangnya 1 bulan sekali. Bagi kalian yang ingin mengetahui kehidupan sebenar di sawah padi, silalah rujuk detail setiap lot di bahagian kanan blogs. Sekian sampai ketemu lagi nanti...