Sunday, December 21, 2014

Mangenali Peter Lik

Gambar ehsan Google
Mengikut penelitian aku, Peter Lik ni lagenda fotografi. Gambar di atas ni adalah gambar termahal di dunia berharga USD6.5 juta. Kesahihan silalah google Kalau ikut pendapat aku gambar ni unik, mungkin propaganda lebih kot. Detail nya di bawah :-

Peter Lik began capturing the wonders of nature as a young boy in his native Australia and never stopped.  In 1984, Lik migrated to the U.S. and discovered his passion for panoramic photography.  One of Lik's most notable projects, "Spirit of America," is a 50-state landscape exploration of perilous deserts, ethereal mountain peaks, lush fields and glimmering cityscapes.  Peter Lik's love for America and its landscapes led him to become a naturalized citizen in 2013.  Over the years, Lik's career has been marked with award wins as a Master Photographer from both the Australian Institute of Professional Photography (AIPP) and the Professional Photographers of America (PPA).  He has also been awarded fellowships from the British Institute of Professional Photographers (BIPP) and The Royal Photographic Society (RPS).  In 2011, Peter jumped into mainstream culture by starring in the NBC-produced TV series, "From the Edge with Peter Lik."  With 14 galleries around the United States, Peter Lik counts presidents and celebrities among his collectors.  Lik's masterworks "Ghost" and "Inner Peace" have been included in an exhibition of Nature's Best Photography at the Smithsonian National Museum of Natural History in Washington D.C.

Owh...gitu rupanya. Kesimpulan yang aku faham adalah, buatlah apapun yang penting istiqamah. Sebab bagi aku teori memang penting, tapi pengalaman lebih mengajar kita jadi lebih baik.

Sekian...

Thursday, December 18, 2014

Kentang oh Kentang...

Gambar ehsan Google
Semua orang tahu pasal kentang. Tapi ada berapa perkara yang aku baru tahu pasal kentang nih. Ibu mertua aku adalah pengusaha kecil-kecilan kuih-muih seperti Tepung Talam, Seri Muka, dan Karipap. Kuih yang paling banyak masa penyediaannya adalah karipap. Selain Kentang, beliau telah mencampurkan sedikit Ubi Keledek seagai penambah perisa pada karipap tersebut.
Setiap minggu, sekurangnya sekali beliau memesan kami untuk membeli sekurangnya 5kg kentang. Beliau juga berpesan agar mencari yang murah. Sekiranya sekilo kurang atau RM2. Hari tu saja nak test, aku pergi mencari kentang di 3 lokasi berbeza, pasaraya, kedai borong, dan pasar ikan. Ternyata yang termahal adalah di pasar ikan.Alasannya adalah telah mengkategorikan kepada 2 saiz besar dan kecil. Makin besar kentang tersebut maka makin mahal lah harganya.RM3.50 sekilo pada kami adalah sangat mahal. Tak berbaloi kalau buat niaga.Kedai borong paling murah, sekilo RM2.00 kerana besar dan kecil telah dicampur aduk. So keje buat karipap agak renyah sebab nak kopek kulit. Tapi sangat berbaloi buat niaga....so korang cubalah test tanya kedai berapa rege kentang kat tempat korang...jgn asyik nak membeli sampai terlupa harga pasaran...jimatlah berbelanja...tak rugi.

Sunday, December 14, 2014

Crispy Chocolate Mars in Jar...

CCM by Manjalara Foods
Dahulu produk kudapan ini sangat popular di Seremban 2 dan Klang. Regular customer di Damansara pun ada. Sejak sibuk dengan roti, kami fikir CCM ni direhatkan buat sementara waktu, Apabila sahabat-sahabat bertanya barulah kami survey bahan-bahan mentahnya. Alhamdulillah, untuk cukupkan semua ingredient kami perlu ke Langkap dan Teluk Intan. Kalau di Langkap Pasaraya Yat Fong menjadi pilihan, manakala Teluk Intan Happy Angel pulak. Tentang harga...taklah begitu mahal, lebihnya RM2 sahaja. Korang pernah ke makan CCM nie, penggemar coklat pasti akan repeat order....mana taknya main ingredient Kellogs Crispies, Cooklat MARS, & Butter....

CCM lineup
Di pasaran rege antara RM7 - RM10 sejar. Untuk Manjalara Foods, promosi terbaik hujung tahun adalah RM5 sejar bagi tempahan minimum 12 jar. Kalau korang dikalangan peniaga, dah ada untung runcit RM3-RM5 (kalau berani mengikut lokasi). Selebihnya terpulang pada anda. Versi original adalah perasa Milk Chocolate. Versi baru Dark Chocolate, Peanut Butter, Chocolate Oreo, Dark Chocolate Oreo, dan Dark Chocolate Peanut Butter. Gerenti sedap....

Saturday, December 13, 2014

Roti Sarang Lebah aka Bee Hives Bun versi Manjalara Foods.

Roti Sarang Lebah RM 5.00
Sejak hampir sebulan berada di kampung, jadual wife aku semakin padat dengan tempahan roti dan kuih muih. Terbaru Roti Sarang Lebah menjadi begitu popular dikalangan sedara-mara dan jiran taulan. Promosi taklah grand sangat, hanya melalui Facebook sahaja. Malam tadi, aku terpaksa turun padang untuk membantu menyiapkan urgent order dari sahabat yang akan berangkat pulang KL.

Doh roti 20 gram yang telah diuli disusun rapi
Menguli bukan isu besar, sebab tepung diuli dgn menggunakan Breadmaker. Tekan button start dan ia akan menguli selama 15 minit. Yang agak meletihkan adalah proses membulatkan doh. Korang yang pernah buat roti akan faham, yang tak tahu lagi tu google atau cari dalam youtube. Aku kene tegur dengan CEO sebab doh tak cukup bulat...akhirnya dengan cubaan beberapa doh aku telah menguasai tekniknya....

Breadmaker jenama Empress
Breadmaker ni berusia 3 tahun. Paling banyak jasa ketika kami berada di Seremban. Berpuluh Kilo tepung telah diuli untuk membuat karipap. Alhamdulillah masih sihat breadmaker. Doa kami agar Breadmaker ini tidak buat hal sekurangnya 2 tahun lagi.

Mini Pizza
Selain roti, Manjalara Foods juga boleh menyediakan pizza mini, roti canai, pau, dan sebagainya... Korang minat roti yang mana ?

Friday, December 12, 2014

Banglo B-Line Small 005 menjadi pilihan....

Sejak sebulan yang lalu kami (aku & wife) me riki rumah sana dan sini. Semalam akhirnya aku menemui pelan terbaik mengikut citarasa kami berdua. Rumah sekurangnya 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang tamu yang luas bergandingan dengan ruang makan dan dapur, paling penting balkoni menghadap sawah padi menjadi agenda utama. Aku terharu bersyukur telah ditemukan dengan satu website dari negara barat...

Bahagian belakang rumah menghadap sawah

Boleh tanam rumput...
Tangga kayu untuk menikmati keindahan...
Pintu masuk nun kat hujung tuh...biru

Sambil masak boleh makan, tonton tv, lepak verandah...

Simple dekorasi tetapi sofa empuk menjadi keperluan...
Pelan masih dalam pembikinan...
Detail seperti berikut:-
OVERALL DIMENSIONS: 32' x 57'
SIZE:1230 sq.ft.
BEDROOM PORCH 4'-0" x 13'-1"
BEDROOM 1 9'-7" x 9'-1" 
BEDROOM 2 9'-7" x 9'-1" 
LAUNDRY 8'-3" x 5'-1" 
BATHROOM 8'-4" x 5'-1" 
MASTER BED 12'-1" x 12'-7"
MASTER PORCH 9' x 12'-7" 
DINING ROOM 11'-8" x 9'-1"
KITCHEN  12'-0" x 9' 
LIVING ROOM 12'-6" x 18'-1"
FRONT PORCH 5'-10" x 18'-1"

Keluasan kurang 1,500 kaki persegi cukup untuk kami 5 sekeluarga + sesiapa sahaj tetamu VIP yang bakal singgah dan bermalam di teratak kami. Pecah tanah dijangka akan dimulakan pada Januari 2015. Sama kita doakan agar niat murni ini menjadi kenyataan...In shaa Allah...



Antara Samsung Galaxy S4 Zoom atau Samsung Galaxy S5...

Samsung Galaxy S4 Zoom

Samsung Galaxy S5
Android pertama yang aku guna adalah Samsung Galaxy Tab 2 7.0 inch. Disebabkan saiznya yang super jumbo adalah menjadi satu kerumitan bila menjawab panggilan. Makanya aku hadiahkan kepada anak-anak aku untuk dikongsi guna apabila ada Wifi. Main game lah apa lagi...so disebabkan budget aku yang ciput aku bersetuju untuk menerima Samsung Galaxy S3 yang telah digunakan wife aku sebelum itu. Pada mulanya aku agak kekok sedikit maklumlah dari Tab 2 ke S3... tapi aku mula teruja dengan kamera yang terbina dalam. Setiap kali aku shot pasti hasilnya jarang mengecewakan. Tapi sejak kebelakangan ini... S3 aku mula buat hal, pertama baterinya cepat kong (kurang 2 jam kalau guna mobile data) dan kedua selalu auto shutdown. Apa yang berlaku ?!! Sebelum pindah ari tu terjatuh atas jalan tar dan crack. Dah hampir 2 bulan aku cuba bertahan menggunakannya. Dalam masa bertahan aku mula me riki phone2 baru yang bakal aku beli. Semasa wife aku menyerahkan phone S3 dia kepada aku, aku telah membelikannya phone baru Lenovo S860. Battery life memang superb. 48 jam bertahan walau dalam mode mobile data. Hebat... tapi aku kurang teruja dengan kameranya.
Bila aku melawat Blog GSM Arena... ada 3 pilihan sebenarnya...S4 Zoom, S5, dan Iphone 6. Memang The best on paper adalah Iphone 6, tapi sebab budget aku bawah 2k, Iphone terkeluar...sekarang mengira detik kumpul duit sahaja. S3 akan kucuba repair terlebih dahulu... sayang sungguh pada S3. Korang guna phone apa...share lah sikit...

Kelapa oh kelapa...

gambar ehsan Google
Kat keliling rumah bapak aku ada la lebih kurang 15 batang pokok kelapa. Setiap minggu pasti ada je yang jatuh. Kalau dibiarkan bukan sahaja akan menyebabkan keliling rumah bersepah, malah kelapa mula tumbuh dengan cepatnya. Sehingga hari ini... dah lebih seratus biji aku kutip dan kumpulkan satu tempat. Bapak aku berpesan supaya menanam semua kelapa tersebut dikeliling rumah. Aik... takkan 100 biji semua nak ditanam...bapak aku pesan bukan untuk buahnya tapi untuk umbutnya.... owh baru aku faham...umbut kelapa sedap dibuat masak lemak....gambar lepas tanam nanti akan aku hupdate...